Saturday, May 1, 2010

Imbasan Tragedi 01 Mei 2009

lama giler tak post apa2 dalam blog neh...dah taw dah diri sendiri yang suke benor wat keje half way...kagum ngan member2 blog masih gigih post mcm2 citer menarik dalam blog masing2...

aku ingat nak ubah penampilan blog nie...macam bohsan jer, tapi tak bekesempatan...tah per yang aku sibukkan sehari2 aku pon xtaw uols...sudahnya masih cenggini lagi...nanti2 laa...
ape yang mengcekalkan aku nak tulis something ari nie sebab nak upload pic2 irfan pada hari nie pada tahun yg lepas...walaupown kenangan yg pahit usah dikenang namun memori tu masih segar terpahat dalam ingatan aku...rasanyer pada hari tersebut tatkala aku menerima panggilan dari adik aku munirah yang irfan digilis tayar keta, hati aku berat berkata mungkin aku tidak akan berjumpa lagi dengan irfan lagi...
kisahnye bermula masa aku nak pindah uma dari puchong prima ke putra perdana 01 mei thn lepas...aku ngan hotmama (hotmama pon ader dalam ini pilem) tunggu lori yang angkut brg2 sampai di uma baru sementara adie ngan member2 dia tengah punggah brg2 kat uma lama..
nak dijadikan citer aku minta tolong adik aku munirah datang jagakan irfan kat uma sebab kami nak angkat barang2, yelah kesian laa pulak dengan segala macam habuk semua tu...babysitter irfan pulak kebetulan balik kg...munirah datang uma aku tapi irfan kalo mak pak dia ader mana nak dgr larangan org laen...last2 munirah amik keputusan nak bawak balik ke uma dia di keramat...
menurut citer munirah ptg kejadian dia tgh basuh keta...irfan tgh tdo masa tu...tetiba irfan bangun dan kuar dan main air dkt2 munirah basuh keta..sesekali irfan kearah pintu pagar tengok keta yg sesekali lalu lalang...munirah mmg selak pintu pagar dan irfan time tue mana pandai bukak lagi pagar cam skrg...
tba2 si munirah nak buka pintu keta tapi terhalang oleh satu tiang...dia turunkan handbrake keta dan tolak manja2...sudahnya keta melungsur kearah pagar sebab tpt parking keta kat uma dia curam...keta tersebut melanggar irfan dan irfan tersepit dibawah keta...munirah dengan kudratnya yang xseberapa tu cuba tolak keta dari belakang sambil minta tolong...seb baik ader pakcik sebelah umah dia yang bergegas membantu dan irfan dikejarkan ke hospital ampang putri..
munirah call aku sambil menangis gila...aku terdengar suara irfan sayup2 macam gelak ke menangis ker...setelah munirah bagitau kejadian tersebut aku macam org hilang perasaan...takut cemas sedih pilu....aku pon segera pegi amik adie kat rumah lama (dia tengah sibuk angkat barang) dan oleh sebab dia tak tau citer dia suh aku pegi dulu tapi 2 minit kemudian suh aku patah balik amik dia sebab sepupu dia yang keje di ampang putri kata kondisi irfan agak parah...
seb baik adie ikut...aku pon macam tak taw mana nak tuju jalan ke hosp ampang puteri walaupon aku taw hosp tu kat mana...dalam keadaan macam nie otak pon dah tak mampu berfikir...munirah pulak bagitau keadaan irfan semasa dalam perjalanan ke hospital dah macam nak terpejam2 mata dia...macam nak pengsan dan itu yang paling menakutkan kalo org kena langgar berkeadaan mcm tu...
samapi di hosp dan melihatkan keadaan irfan aku jadi sedih gle dan hati aku rasa pedih sgt...kesian nyer dia...tapi takkan aku nak marahkan munirah...menda dah jadi..menda nie berlakupon di luar kawalan dia...walaupon hati rasa marah tapi aku naik kesian pulak melihat munirah pon dah tak keruan..seluar dia pon sama terkoyak ngan pakaian irfan...mungkin tersangkut mana2 waktu dalam usaha menyelamatkan irfan...
tah macam mana irfan punya insurans pulak larpse 2 bln...selama nie bayar ngan jitu tapi ketika kejadian pulak laa menda nie nak jadi...disebabkan dulu agen insurans yang dtg kutip, kalo dia tak dtg mmg tak lah....(moral citer make sure anak anda dilindungi insurans dan bayar auto debit)...skrg br aku guna auto debit...maka memikirkan kos yang agam (giler ko ampang puteri) maka aku minta pindah hkl sebab pediatrik hkl antara yg terbagus di malaysia...
kos malam tu jer dah hampir 1K...rasa nak patah balik sehari seblom kejadian dan bayar insurans yang larpse tu...hmmmmm....tapi tak kesah laa janji irfan selamat...
masuk wad dalam 5 hari irfan dibenarkan keluar....mak mertua aku bawa irfan gi urut dan tukung urut kata bahu irfan patah...
hantar balik hospital dan didapati tulang bahu irfan terkeluar...oleh sebab bahu maka xdapatlah disimenkan area tu....doktor x bagi urut....dia kata sebab irfan masih kecik nanti tulang dia akan bercantum sendiri cuma bahu macam ader bonggol laa...aku minta pendapat keluarga dan kwn2 maka irfan aku bawa jumpa dengan bomoh patah...sekejap jer tulang bahu irfan dia masukkan kembali ke sendi dia sampai aku macam tak percaya...beberapa hari kemudian ku bawa irfan xray dan mmg betul tulangnya telah kembali spt biasa.....
irfan menjalani kehidupan yang sihat selepas itu...aku bersyukur amat2 ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menjaga irfan dan irfan masih dipanjangkan umonya....dan naseb baik jugalah lukanya tidak separah mana....kalau lah munirah masuk ke dalam kereta dan reverse dengan menekan minyak, tak tau laa apa yang akan terjadi...kebanyakan kes seperti ini yang melibatkan kanak2 berakhir dengan kematian....astafirullahalazim...
so untuk tatapan irfan dikemudian hari dan utk korang aku letak laa pic2 ini...





\












muka irfan macam ader pigmen2 sebab darah tersekat di kawasan leher dan bahu















































pendarahan dalam mata









*
*
*
*
*
irfan hari nie..

rambut dah panjang tp dia takut ngan gunting...adoiii....






antara parut yang masih ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...