Thursday, August 21, 2008

tagged by cyberwira "kenapa isteri sanggup bersikap curang"

petikan daripada entry cyberwira..
..........Di bawah ni adalah pendapat dan komen aku kenapa isteri sanggup berlaku curang?1. Mungkin suami dia pun berlaku curang atau berperangai syaitan.. sapa tau kan?2. Suami dia tidak memberi kepuasan Batin seperti yang diminta isteri.3. Sikap suami yang tidak pernah menghargai insan yang bernama perempuan.4. Suami yang tidak bertanggungjawab.Aku nak TAG Soalan "kenapa isteri sanggup berlaku curang?" pada ZIE , REEN, LELA, atau sesiapa saja yang nak bagi pendapat untuk memberikan sambungan.....
wah aku telah ditag oleh cyberwira katanyer...lalalala..
aku dah tengok video nie lame dulu...sekali tengok memang kesian bila pelaku dipukul tapi bila kenangkan kejahatan yang dilakukan memang aku tumpang naik hangin....muka pompuan baik ala2 pompuan mitali tapi mengapa dia sanggup berbuat demikian??
memang manusia diberikan akal untuk berfikir, diberi kudrat untuk melawan namun jika nafsu menguasai akal fikiran bagaimana? tak ada rasanya manusia yang bercita2 untuk jadi jahat, jadi curang tapi sekali dah terjebak mamng tak silu2 untuk mengulanginyer...
hanya landasan agama boleh dijadikan sandaran dalam meniti kehidupan seharian kita. kita tidak akan hanyut jika iman sentiasa menebal dalam diri..rasa tanggungjawab pada pasangan juga perlu dijadikan pegangan supaya hidup tak tersasar dan pulangannya pasangan juga haruslah mempunyai rasa yang sama.
sambungan komen cyberwira "kenapa isteri berlaku sanggup berlaku curang..."
4. suami nak kawin lagi..eee gatalnyer...5. memang isteri perangai cenggitu...ala2 hobi dia laa bersikap curang 6. suami suka berpoya2 7. suami yang tak faham kehendak isteri, kehendak isteri bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu batin jer...8. laki dia bukan pilihan dia, dikahwin paksa katanyer 9. rasa bosan nengok muka laki yang perangai hazab cam setan gonjol 10. aahhh ini satu...buatan manusia...isteri itu telah dibomoh oleh jantan tu kot...
tah laa pe yang aku bebelkan...tapi penat lar gak memerah otak berfikir...aku pon pening ngan masalah dunia tetiba kena pikir masalah orang nie...hahahaha...kesimpulan komen aku terhadap kes ini peringatan untuk SUAMI dan ISTERI, haruslah bertanggungjawab terhadap pasangan memasing, jujur dan setia pada pasangan, bersifat lebih mendengar dan peka, saling hormat menghormati dan cintailah pasangan anda dan jangan sesekali menyakiti hati pasangan sebagaimana anda tak ingin diri anda jua disakiti....begitulah adanya khas untuk aku dan umum untuk sesaper yang baca...

3 Comments:

Ridpest Sdn Bhd said...

wah.. ni boleh jadi pakar motivasi ni.. boleh gantikan dato fadhilah kamsah..aku akan bagi nama ko.. Puan Marina Kemensah! sedap nama tu!

tigrismalaya said...

tigrismalaya to ridpest sdn bhd

wah sentap nie..tapi aku syak aku berpotensi jadi pakar motivasi..yer encik, ada sebarang masalah sila hubungi saya yer..hehehehe...

mielliza said...

Pn. Marina, saya bersetuju dengan semua benda yg di repekkan di atas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...