Wednesday, December 22, 2010

Lagi Kisah Ragut

Adoi...baca kisah nie rasa geram jer nak debik2 peragut tu...kalo sapa pernah kena ragut macam aku mmg rasa sakit hati jer...setiap hari ada jer berita2 ragut yang terpampang di dada akhbar..peragut makin jahat dan tak berperikemanusiaan..layaknya ko kawan ngan hewan..hanjing sungguh...eh teremo pulak pagi2 nie..

macam yang nie aku kopipes jer...

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia awal 20-an bukan saja diragut, malah ditendang ketika bergelut dengan seorang lelaki bermotosikal yang meragutnya di depan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang kerugian wang kira-kira RM500 cedera pada tangan dan lutut apabila dia diseret hampir lima meter.


Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli-belah dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang menarik beg tangannya. “Mangsa cuba menarik semula begnya menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa yang gagal merampas semula beg tangannya itu menjerit meminta pertolongan orang ramai,” katanya.

Sumber berkata, tersentak dengan itu suspek memecut motosikalnya menyebabkan mangsa terseret hingga terpaksa melepaskan genggaman pada beg tangannya.

Sumber berkata, wanita terbabit pergi ke sebuah hospital di kawasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Sumber: harian metro

17 Comments:

SafaRi09 said...

peragut2 nie kalu dapat, patahkan jer tangan dia org. menyusahkan org ramai jer!!!

Aku Ibu Muda said...

eee..geram sungguh la! AIM pon pernah jd mangsa ragut. nasib baik semua selamat dan peragut tu tak sempat ambil handbag. cuma masa tu tudung je lah yg terkoyak rabak kena tarik :(

Kehidupan Seeorang Call-Man Siri 1

tigrismalaya said...

safari~sokong2

aim~kita yg pernah jd mangsa/hampir jd mangsa lebih merasa perit ngan citer2 hantu camnikan??

Aku Ibu Muda said...

yes dear..AIM sampai skang ni, asal nak lintas jalan je seram sejuk macam nak pengsan..punya lah takott

Entry terkini: Kemalangan? Apa nak buat?

atty's said...

sebut pasal ragut nie , fobia kalo diingatkan .

kty penah kena ragut dlm hidup ni dua kali ..

1st masa kty umur sekitar 9 thn, ada org terai nak tarik rantai yg kty pakai , masa tu kty tgh jalan2 kayuh basikal ngn bff..

kali ke dua sekitar tahun 2002, kat midvalley dekat ngn volvo.park kete kat situ tertiba je ade moto lalu terai nak amik bag kty ..masa tu pakai bag sling..bergolek2 gak kat jalan , nasib dia tak smpt masa tu .

rasp said...

mmg geram tul dgn peragut2 nie...
cuba dorang plak diperlakukan gitu..
baru padan muka...

Hezesuze said...

sebab tu now weols kalo gi jenjalan malas nak bawak henbeg...huhu

Hajar said...

sgt2 bahaya skrg ni..mcm2 boleh berlaku..so,hati2 ye semua..

ASaDa RyutaRo said...

geram giler bila baca berita camni. kalau dapat tu memang kena lanyak la..

kat mana pun kena berhati2 dan berwaspada dengan set-set peragut ni.

sian kat gadis tu. takde lak hero tolong..

Dee said...

kesian betullah kan...harap2 x jd kt kitalah..

mummysyafie said...

skrg macam² kes kan. bunuh..ragut..dera..sumtimes jadi takut nak baca suratkabar. seriau tengok tajuk berita

Shaheila Malek said...

peragut?? teringat pasal pompuan pregnant kene seret TT

nadzirah aqilah said...

huwaaaa... takutnyer.. minx dijauhkan!!!

rose said...

sakit yerr hati baca kalo psal pragut2 nie... kalo jumpa laa.. kita seret dia bukat takat 500 meter tp 5km.. bru padan muka.. (mood:t'tiba emo lak hehehe geram)

aqish basir said...

keluar ta payah kai hand bag
sng hehe

letak dlm poket je sis....

btui ta?

tp peragut ni mcm desperate sgt jeeeee

tigrismalaya said...

uols ~ thanks atas komen...

just another blogger said...

hish tkt nye..jd bacalah ayatul kursi sblm klua umah. nti ade pminat misteri temankan. hihi =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...